AM

Nahas Bas UPSI: Adun Jabi Salur Bantuan Segera Kepada Keluarga Mangsa

09/06/2025 11:31 PM

KUALA TERENGGANU, 9 Jun (Bernama) -- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi Datuk Dr Azman Ibrahim menyalurkan bantuan segera RM1,000 kepada keluarga empat mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam nahas tragis di Kilometer 53 Jalan Raya Timur- Barat (JRTB), berhampiran Tasik Banding, Gerik awal pagi tadi.

Dr Azman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri berkata bantuan segera itu bagi meringankan beban keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi menyayat hati itu.

Beliau berkata setakat ini empat mangsa terkorban yang dikenal pasti berasal dari Jabi adalah Fatin Nasrien Fadli, 22, dari Kampung Kerandang, Nur Ainul Qistina Mat Ali, 21, (Kampung Anak Ikan), Nur Dalila Farhana Mohamad Isma, 21, (Kampung Bharu Tok Dor) dan Nurly Shahirah Azman, 23, (Kampung Gong Pasir).

"Ia tragedi yang sangat memilukan bagi negeri Terengganu dan DUN Jabi khususnya,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dalam kemalangan yang berlaku antara 12.30 hingga 1 pagi itu, 15 penuntut UPSI maut selepas bas sewa khas dari Jertih ke Tanjung Malim, Perak terbalik selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Raya Timur Barat, berhampiran Tasik Banding, Perak.

Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas, serta pemandu dan tiga penumpang Perodua Alza.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan