AM

Agong Dipersembah Pelaksanaan, Perkembangan Projek Tebatan Banjir Di Johor

06/06/2025 02:49 PM

JOHOR BAHRU, 6 Jun (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini dipersembahkan mengenai pelaksanaan dan perkembangan projek tebatan serta tahap kesiapsiagaan agensi dalam menghadapi sebarang kemungkinan banjir di Johor.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, perkara berkenaan dipersembahkan oleh Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Johor Azren Khalil pada pertemuan bersama Seri Paduka Baginda.

"Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ir Azren Khalil, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Johor pada hari ini.

“Seri Paduka Baginda tetap prihatin serta mengikuti rapat perkembangan dan isu-isu penting melibatkan Johor," menurut hantaran itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan