KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Istana Negara hari ini menganjurkan majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar di Surau Utama Istana Negara.
Menurut hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, majlis turut dihadiri Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Tan Sri Datuk Dr Azmi Rohani, Pegawai Agama Istana Negara Datuk Munir Md Salleh dan Penasihat Undang-Undang Istana Negara Datuk Zulharry Abdul Rashid.
Turut hadir para pelajar Maahad Tahfiz Haamil Ash Syaatibi, Setapak serta pegawai dan petugas Istana Negara.
Terdahulu, Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berkenan berangkat ke Majlis Istiadat Ziarah Makam Diraja Johor bersempena Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar.
Istiadat Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar diadakan pada setiap tahun mengikut kalendar Hijrah iaitu pada 6 Safar dan merupakan hari istimewa bagi seluruh rakyat Johor bagi memperingati serta menzahirkan penghormatan kepada Almarhum Sultan-Sultan yang telah mangkat.
Istiadat diadakan untuk berdoa ke hadrat Allah dan memohon limpah keampunan-Nya kepada roh mereka yang telah kembali ke rahmatullah dan dihimpunkan mereka dalam kalangan orang-orang beriman.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial