AM

Ribut Petir, Hujan Lebat Dan Angin Kencang Di Enam Negeri Hingga 2 Pagi – MetMalaysia

20/07/2025 11:34 PM

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk membabitkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri hingga 2 pagi esok.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan beberapa daerah di Perak iaitu Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung serta Bagan Datuk.

“Turut terjejas ialah beberapa kawasan di Pantai Timur melibatkan Kelantan (Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh) serta Terengganu (Besut dan Setiu),” menurut kenyataan itu. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan