PUTRAJAYA, 14 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan bersama Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) di Kompleks Seri Perdana, bagi membincangkan beberapa perkara penting menjelang sidang Parlimen yang akan datang.
Kenderaan membawa Anwar yang juga Presiden PKR dan Pengerusi PH itu, dilihat memasuki pekarangan Seri Perdana sekitar 4.30 petang.
Terdahulu, pada 3.45 petang, kenderaan yang membawa ahli Parlimen dan Menteri PH mula memasuki Kompleks Seri Perdana.
Antara yang hadir ialah Setiausaha Agung DAP merangkap Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Turut kelihatan Ketua Setiausaha PH yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Penerangan PKR yang juga Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil serta Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Pertemuan itu merupakan kesinambungan kepada sesi bersama ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) pada 11 Julai, bagi menjelaskan beberapa isu semasa, termasuk mengenai cukai, khabar angin subsidi petrol RON95 dan isu badan kehakiman.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial