DUNIA

Presiden Filipina Marcos Jr Lawat AS Pada Ahad, Isu Tarif 20 Peratus Jadi Tumpuan

06/08/2025 03:29 PM

MOSCOW, 20 Julai (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr dijadual mengadakan lawatan ke Washington DC dari 20 hingga 22 Julai untuk bertemu Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, dengan perbincangan tertumpu kepada tarif 20 peratus yang diumumkan ke atas import dari Filipina, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Ini merupakan lawatan pertama oleh ketua negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) sejak Trump memegang jawatan. Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan kerjasama dalam bidang ekonomi, termasuk tarif 20 peratus yang diumumkan Trump baru-baru ini ke atas semua import dari Filipina. 

Pemimpin kedua-dua negara juga dijangka membincangkan kerjasama pertahanan dan keselamatan yang lebih erat, khususnya situasi di Laut China Selatan.

Presiden Filipina itu turut dijadual bertemu pegawai kanan Amerika Syarikat termasuk Setiausaha Negara Marco Rubio dan Setiausaha Pertahanan Pete Hegseth.

Pada 9 Julai lalu, Trump mengumumkan tarif 20 peratus ke atas semua import dari Filipina bermula 1 Ogos.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan