DUNIA

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Selepas Dolar US Melemah

05/08/2025 07:54 PM

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif terus ditutup lebih tinggi pada hari ini berikutan kelemahan dalam dolar US, kata seorang penganalisis.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes memberitahu Bernama bahawa harga aset selamat itu mungkin akan terus dipengaruhi oleh pergerakan dalam dolar US memandangkan kedua-duanya terikat dengan tema yang sama iaitu jangkaan pasaran ke atas kelonggaran dasar monetari Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS).

Selain ketidakpastian tersebut, ketegangan geopolitik telah mula memberikan impak, menyebabkan para peniaga amat berhati-hati untuk memasuki pasaran, katanya.

Pada penutup, bulan semerta Ogos 2025 meningkat kepada US$3,382.6 satu auns troy daripada US$ 3,376.7 yang dicatatkan pada penutupan Isnin, September 2025 menokok kepada US$3,388.1 satu auns troy berbanding US$3,382.2 semalam, manakala Oktober 2025 naik kepada US$3,416.8 satu auns troy daripada US$3,411.3.

November 2025 adalah lebih tinggi pada US$3,434.2 satu auns troy daripada US$3,428.7, manakala Disember 2025, Februari 2026 dan April 2026 berakhir lebih baik kepada US $ 3,452.1 satu auns troy berbanding US$3,446.6 sebelumnya.

Jumlah dagangan melonjak kepada 25 lot daripada sembilan, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 48 kontrak berbanding 38 kontrak sebelum ini. 

Berdasarkan penetapan tengah hari 4 Ogos di London Bullion Market Association, harga emas fizikal ditetapkan pada US$3,380.05 satu auns troy.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan