AM

Enam Peserta Tilawah Perdengarkan Bacaan Di MTHQA Ke-65 Malam Ini

04/08/2025 08:36 PM

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Enam peserta tilawah akan memperdengarkan bacaan pada hari ketiga Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Antarabangsa (MTHQA) ke-65 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur malam ini.

Peserta Maldives Ahmed Nabeeh Abdul Gaadhir dijadual membuka tirai majlis diikuti qariah dari Kemboja Aimnah Toulours serta qariah dari Filipina Halima Baudting Dalundong.

“Turut memperdengarkan bacaan ialah qari dari Cameroon Mohamadou Mourtala Allyou, qari Afrika Selatan Mud-Dath-thir Abrahams dan qari Jordan Baker Omar Mohammad Al Saggar,” menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi Facebook.

Terdahulu pada sesi pagi, lapan peserta kategori hafazan telah memperdengarkan bacaan mereka.

MTHQA ke-65 berlangsung dari 2 hingga 9 Ogos ini dengan tema “Membangun Ummah MADANI”, menghimpunkan 71 peserta dari 49 negara.

Pemenang kategori Tilawah bakal membawa pulang wang tunai RM40,000 manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing menerima RM30,000 dan RM20,000, selain barangan kemas tajaan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan