PONTIAN, 18 Jun (Bernama) -- Sebuah tadika di Jalan Mohd Salleh, Kampung Dalam di sini musnah 70 peratus dalam kebakaran petang tadi.
Komander Operasi Pegawai Kanan I KUP Julia Sani dalam kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.46 petang sebelum 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian dan BBP Pontian Baru bergegas ke lokasi kejadian.
Beliau berkata dua jentera FRT dan sebuah EMRS tiba di lokasi dua minit kemudian dan pihaknya mendapati tadika yang terdiri daripada bangunan kekal berkeluasan 40x80x12 kaki itu telah 70 peratus terbakar.
“Anggota bertugas kemudian bertindak memadam kebakaran yang berlaku serta mendapati tiada mangsa yang terlibat kerana sesi persekolahan telah tamat.
“Kebakaran ini disedari oleh orang ramai yang melalui kawasan tadika berkenaan dan punca kebakaran masih lagi dalam siasatan,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial