KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Majlis Pendidikan Negara (MPN) bakal menjadi platform strategik tertinggi negara dalam menyelaras dasar dan pelaksanaan pendidikan merentas kementerian bermula dari peringkat prasekolah sehingga peringkat tertinggi, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Beliau berkata dengan penubuhan MPN itu juga membolehkan isu-isu pendidikan yang berbangkit diselesaikan secara tuntas dan holistik.
Fadhlina berkata demikian menerusi hantaran di Facebook selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Penubuhan MPN secara bersama dengan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini.
“Perbincangan hari ini tertumpu kepada cadangan terma rujukan, hala tuju dan gerak kerja bersepadu bagi MPN,” katanya.
Beliau berkata reformasi pendidikan yang radikal dan berani seperti yang dihasratkan memerlukan penglibatan menyeluruh semua pihak.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial