Oleh Noor Bakhtiar Ahmad
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Presiden Indonesia Prabowo Subianto menyifatkan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 yang berlangsung di ibu negara sebagai amat baik dan berjaya.
“Bagus. Very good, very good,” katanya kepada media selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Ke-2 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.
Ini merupakan penampilan kali pertama Prabowo selaku ketua negara dalam perhimpuan serantau itu sejak memegang jawatan sebagai Presiden Indonesia pada Oktober lepas.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan mesyuarat berkaitan bermula Isnin, menghimpunkan pemimpin Asia Tenggara untuk perbincangan peringkat tinggi yang tertumpu kepada kerjasama serantau, integrasi ekonomi dan kestabilan geopolitik.
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 turut mengadakan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang julung kalinya diadakan, untuk memperkukuh kerjasama antara rantau.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial