AM

Puisi, Pendekatan Kreatif Eratkan Semangat Serantau ASEAN

30/05/2025 11:58 PM

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Pendekatan kreatif seperti program bacaan puisi wajar diperkasakan sebagai usaha mengukuhkan lagi perpaduan dan kerjasama serantau, khususnya dalam kalangan negara ASEAN.

Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Datuk Ruji Ubi berkata selain saluran diplomasi politik dan ekonomi, aktiviti kebudayaan serta seni sastera juga harus diberi penekanan dalam mendekatkan masyarakat serantau.

“Pendekatan kreatif seperti bacaan puisi malam ini perlu diperkembangkan untuk menarik lebih banyak penyertaan negara ASEAN, khususnya mereka yang boleh menyampaikan puisi dan sajak dalam bahasa Melayu,” katanya ketika ditemui Bernama di sini malam ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Malam Baca Puisi Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) di Ambang Kepengerusian ASEAN yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) .

Bertemakan “Persaudaraan Serantau Melalui Puisi”, program anjuran PENA itu menyaksikan penyertaan sasterawan dan pemuisi dari dalam dan luar negara termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei.

Antara yang tampil mendeklamasikan puisi ialah Sasterawan Negara Datuk Rahman Shaari.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan