JENAYAH & MAHKAMAH

Tentera Darat Anjur Eksesais KERIS STRIKE 2025 Bersama AS, Australia Di Perak

13/07/2025 08:59 PM

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Tentera Darat Malaysia (TDM) akan melaksanakan Eksesais KERIS STRIKE 2025 bersama Tentera Darat Amerika Syarikat (US Army) dan Tentera Darat Australia (Australian Army) selama 14 hari bermula Khamis depan di beberapa lokasi terpilih di Perak.

Menurut kenyataan Sel Perhubungan Awam Markas TDM, antara kawasan yang terlibat sepanjang latihan yang berlangsung sehingga 30 Julai ini termasuk Ipoh, Sungai Siput, Kuala Kangsar dan Lenggong.

Eksesais tahunan itu bertujuan meningkatkan keupayaan operasi bersama selain memperkukuh hubungan ketenteraan dengan negara-negara sahabat

“Ia juga bertujuan meningkatkan tahap kesiagaan TDM dalam menghadapi sebarang ancaman keselamatan serantau,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai khususnya penduduk di sekitar Ipoh dan Kuala Kangsar dinasihatkan supaya tidak panik sekiranya melihat kehadiran anggota tentera asing, pergerakan konvoi kenderaan dan aset tentera serta aktiviti ketenteraan sepanjang tempoh eksesais berlangsung.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan