AM

Harimau Kumbang Masuk Perangkap Di Sungai Siput

05/08/2025 12:44 PM

IPOH, 5 Ogos (Bernama) -- Seekor harimau kumbang jantan berjaya ditangkap di Kampung Jalong, Sungai Siput, semalam selepas dipercayai membaham ternakan penduduk sebagai sejak Februari lepas.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak Yusoff Shariff berkata mamalia itu dianggarkan berusia tujuh tahun dan seberat kira-kira 50 kilogram. 

"Sejak Februari lepas penduduk telah membuat aduan mengenai kehilangan haiwan ternakan mereka, jadi sejak itu kita (Perhilitan) memasang perangkap dan harimau kumbang itu hanya berjaya ditangkap semalam," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata harimau kumbang itu akan dibawa dan dilepaskan ke habitat asal yang sesuai.

Yusoff turut menasihati penduduk supaya segera melaporkan kepada Perhilitan jika terdapat jejak haiwan buas supaya tindakan segera boleh diambil. 

Sebelum ini dilaporkan seekor harimau kumbang berjaya ditangkap di Ladang Jalong, Sungai Siput pada Julai tahun lepas. 

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan