AM

60,000 Permohonan Belajar Di Kolej Vokasional

02/08/2025 02:47 PM

TAIPING, 2 Ogos (Bernama) -- Kira-kira 60,000 permohonan diterima untuk menyertai bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Kolej Vokasional di seluruh negara, hingga kini.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata jumlah permohonan itu membuktikan respons yang begitu baik oleh generasi muda terhadap pembangunan pendidikan TVET.

"Ketika ini Kementerian Pendidikan (KPM) mempunyai 86 Kolej Vokasional di seluruh negara dengan 17,000 kapasiti.

"Pelbagai pelan TVET juga telah dirancang untuk kita memperkasakan Kolej Vokasional dan memperbaiki kemahiran praktikal dari semasa ke semasa. Latihan industri itu juga akan diperluaskan kepada lepasan TVET," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Udara Taiping 2025 di Lapangan Terbang Tekah di sini hari ini.

Wong yang juga Ahli Parlimen Taiping berkata kebolehpasaran graduan TVET telah mencapai 99 peratus berdasarkan laporan yang diterima beberapa tahun kebelakangan ini

Beliau berkata pencapaian itu amat baik kerana generasi muda yang keluar dari pendidikan vokasional  berpeluang melanjutkan pelajaran atau memperoleh pekerjaan yang stabil berdasarkan kemahiran yang dimiliki mereka.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan