SIK, 16 Sept (Bernama) -- Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dilaporkan lemas ketika mandi-manda di kawasan air terjun Lata Mengkuang di sini hari ini.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kedah dalam kenyataan memaklumkan, mangsa Mohd Hanif Anaqi Mohd Khalid ditemui orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).
Menurut kenyataan itu panggilan kecemasan diterima pada 1.16 tengah hari tadi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik dengan kekuatan tujuh pegawai dan anggota digerakkan ke lokasi yang terletak 14 kilometer dari balai.
“Mangsa dikatakan pergi ke lokasi berkenaan bersama enam rakan untuk mandi,” menurut kenyataan itu.
Bomba memaklumkan mayat mangsa diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada 2.28 petang.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial