KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MeTMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa tempat di Terengganu, Pahang, Johor, Sabah, Sarawak dan Labuan sehingga 7 malam ini.
Menerusi amaran yang dikeluarkan pada 4.10 petang ini, MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda kawasan Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu, manakala Pahang di Kuantan, Pekan dan Rompin sementara di Johor melibatkan Segamat.
Di Sabah pula dijangka membabitkan kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan).
Di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau) dan Limbang.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial