AM

Seorang Maut, Enam Hilang Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Kampung Cenderakasih

15/09/2025 01:38 PM

KOTA KINABALU, 15 Sept (Bernama) -- Seorang maut, manakala enam masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Cenderakasih di sini pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Sabah ketika dihubungi memberitahu keseluruhan sebanyak 11 mangsa terlibat dalam kejadian itu, empat daripadanya berjaya menyelamatkan diri.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada orang ramai pada 10.02 pagi, sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lintas tiba ke tempat kejadian pada 10.24 pagi.

“Seorang mangsa dijumpai meninggal dunia oleh pasukan penyelamat. Mangsa yang meninggal dunia disahkan oleh pegawai perubatan di lokasi. Identiti semua mangsa sedang dikenal pasti dan akan dikemas kini selepas ini,” katanya.

Orang ramai tidak digalakkan ke tempat kejadian pada masa ini kerana kawasan itu masih berbahaya dan penduduk dinasihat untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan