DUNIA

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

11/09/2025 02:30 PM

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini, merosot 0.5 peratus berikutan pelabur menyimpan keuntungan selepas mencatatkan kenaikan selama tiga hari berturut-turut.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 8.22 mata kepada 1,582.53 daripada 1,590.75 pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah kepada 1,582.83 dan turun naik antara 1,580.16 dan 1,583.82.

Pasaran secara menyeluruh negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 429 berbanding 377 manakala 482 kaunter tidak berubah, 1,334 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.45 bilion saham bernilai RM1.15 bilion.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikan hari ini, momentum belian secara berhati-hati dijangka berterusan di pasaran tempatan walaupun prestasi semalaman Amerika Syarikat (AS)  bercampur-campur.

“Sektor teknologi berpotensi mendapat dorongan daripada kenaikan kukuh syarikat gergasi teknologi,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat lapan sen kepada RM9.75, Public Bank naik empat sen kepada RM4.23, Petronas Dagangan merosot 60 sen kepada RM21.40, PressMetal berkurangan tujuh sen kepada RM5.55 manakala CelcomDigi tidak berubah pada RM3.66.

Dalam dagangan aktif, VS Industry naik 2.5 sen kepada 56.5 sen, Tanco menambah 1.5 sen kepada 81.5 sen, 99 SpeedMart mendatar pada RM2.49 dan Capitaland berkurangan setengah sen kepada 62 sen.

Antara kaunter mencatatkan penurunan, Nestle merosot 32 sen kepada RM95.18, KLK dan LPI Capital, masing-masing berkurangan 12 sen kepada RM20.08 dan RM14.34 manakala PIE Industrial susut sembilan sen kepada RM2.83.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 28.8 mata kepada 11,757.65, Indeks FBMT 100 berkurangan 33.89 mata kepada 11,517.57 manakala Indeks FBM Emas Shariah menambah 10.49 mata kepada 11,780.41.

Indeks FBM 70 naik 66.02 mata kepada 16,489.35 manakala Indeks FBM ACE meningkat 12.16 mata kepada 4,740.26.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 0.32 mata kepada 163.76, Indeks Perladangan merosot 4.76 mata kepada 7,677.37, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 155.23 mata kepada 17,936.92 manakala Indeks Tenaga naik 1.68 mata kepada 741.74.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan