AM

JKKP Arah Pemberhentian Kerja Di Tapak Kemalangan Di Seri Iskandar

09/09/2025 04:46 PM

Beliau berkata tempoh penangguhan pula bergantung kepada hasil siasatan serta bukti yang diperoleh.

"Arahan penangguhan kerja bergantung kepada hasil siasatan. Kalau katakan siasatan semua dah dapat bukti dan sebagainya, atau jaminan daripada pihak majikan kerja akan dijalankan dengan selamat baru kita akan keluarkan notis sambung.

"Siasatan juga bergantung kepada sesuatu kes...ada yang tiga bulan, kadang-kadang sampai bertahun. Mungkin ada kes kita perlu hantar bukti sampai ke luar negara, itu makan masa panjang. Kalau kes langsung atau ringkas mungkin cepat," katanya pada program Jerayawara Garis Panduan Pentaksiran dan Pengurusan Risiko Psikososial di Tempat Kerja di Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) di sini hari ini.

Husdin berkata setiap insiden melibatkan kematian atau kecederaan kekal di tempat kerja wajib disiasat dengan membuka kertas siasatan.

Menurut beliau, sebanyak 1,038 kes pendakwaan dengan jumlah penalti mencecah RM15.8 juta direkodkan bermula 2022 hingga Julai lepas di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) serta Akta Kilang  dan Jentera 1967 (Akta 139).

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 2,469 kompaun bernilai RM6.9 juta pula dikeluarkan bagi tempoh sama, selain 36,458 notis perbaikan dan larangan serta 142,474 surat arahan.

"Mengikut pecahan sektor, aktiviti pengilangan menjadi penyumbang utama kes pendakwaan iaitu 583 kes diikuti sektor pembinaan (272 kes).

"Daripada segi penalti, sektor pengilangan mencatat lebih RM7.7 juta diiikuti pembinaan (RM5.1 juta),” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan