AM

Wan Junaidi Ketuai Perarakan Sempena Maulidur Rasul Peringkat Sarawak

06/09/2025 03:02 PM

KUCHING, 6 Sept (Bernama) -- Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengetuai perarakan Maulidur Rasul peringkat Sarawak 1447 Hijrah, yang bermula dari Padang Merdeka di sini, hari ini.

Perarakan yang melibatkan kira-kira 10,000 peserta daripada 209 kontingen dengan perjalanan kira-kira tiga kilometer di kawasan pusat bandar raya di sini itu turut disertai Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Dalam amanatnya pada perhimpunan sebelum perarakan itu, Tun Wan Junaidi berkata pentadbiran Sarawak telah dan akan terus menjadikan prinsip maqasid syariah sebagai asas dalam merangka dasar dan pelaksanaan pembangunan.

Beliau berkata pembangunan yang dilaksanakan haruslah memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta selaras dengan tuntutan Islam untuk membangunkan dunia tanpa mengabaikan akhirat.

“Pelaksanaan Post Covid Development Strategy 2030 (PCDS 2030) memberi penekanan terhadap keseimbangan ekonomi digital, alam sekitar, sosial dan inklusiviti. Maka, menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mempertahankannya demi keadilan dan kesejahteraan seluruh rakyat,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan