SUKAN

Piala Asia Hoki Wanita 2025: Malaysia ‘Dibaham’ China 0-8

05/09/2025 09:54 PM

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Skuad hoki wanita negara bermula langkah kiri apabila tewas 0-8 kepada tuan rumah, China pada aksi pembukaan Kumpulan A Kejohanan Piala Asia Hoki Wanita 2025 di Gongshu, China, hari ini.

Pada aksi di Gongshu Canal Sports Park Stadium, pasukan China tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan menerusi Zou Meirong pada minit pertama sebelum Li Hong (13’) dan Ou Zixia (17’, pukulan sudut penalti) menambah kelebihan buat pasukan tuan rumah.

Bersambung babak kedua, China terus garang dengan gol daripada Dan Wen (32’), Fan Yunxia (34’, pukulan sudut penalti), Zou Meirong (36’), Chen Yang (40’) dan Zhong Jiaqi (49’) sekali gus memastikan kemenangan bergaya 8-0.

Anak buah Mohd Nasihin Nubli dijadual menentang Taiwan pada Ahad (7 Sept), sebelum menutup aksi peringkat kumpulan bertemu Korea Selatan pada Isnin.

Kejohanan Piala Asia Hoki Wanita edisi kali ini berlangsung bermula hari ini hingga 14 Sept.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan