POLITIK

UMNO, BN Sabah Tidak Kerjasama Dengan GRS Pada PRN Sabah - Ahmad Zahid

05/09/2025 09:23 AM

KOTA KINABALU, 5 Sept (Bernama) -- UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah memutuskan tidak bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO berkata UMNO dan BN Sabah bagaimanapun kekal menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya berkenaan.

"Kami mengekalkan kerjasama BN-PH. Namun, BN Sabah dan UMNO Sabah memutuskan secara muktamad tidak akan ada kerjasama dengan GRS. Sekian terima kasih," katanya pada sidang media di sini tengah malam tadi.

Terdahulu,  Ahmad Zahid mengadakan mesyuarat tertutup dengan barisan pemimpin UMNO Sabah di sini yang turut dihadiri Pengerusi Badan Pimpinan UMNO Sabah yang juga Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Mengikut peruntukan, Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16 akan terbubar secara automatik pada 11 Nov ini sekiranya tidak dibubarkan lebih awal, sekali gus membuka laluan kepada PRN17.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan