DUNIA

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Hari Ini

28/08/2025 08:21 PM

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit hari ini turun daripada aliran meningkat pada sesi dagangan awal apabila tekanan jualan berterusan muncul pada sesi petang, walaupun prestasi positif di kebanyakan pasaran serantau.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.84 mata, atau 0.05 peratus, untuk ditutup kepada 1,587.07 daripada paras 1,587.91 pada Rabu.

Indeks utama itu dibuka tinggi naik 1.35 mata kepada 1,589.26 dan bergerak antara paras 1,587.07 dan 1,596.16 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 605 berbanding 469, manakala 465 kaunter tidak berubah, 1,105 tidak diniagakan dan 112 digantung.

Jumlah dagangan menyusut kepada 2.92 bilion unit bernilai RM2.92 bilion daripada 3.09 bilion unit bernilai RM2.93 bilion pada Rabu.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, FBM KLCI susut daripada kenaikan awalnya untuk ditutup rendah manakala indeks serantau ditutup kebanyakannya tinggi susulan petanda positif daripada Wall Street semalaman. 

"Walaupun mengalami penurunan hari ini namun unjuran kekal positif. FBM KLCI telah menunjukkan daya tahan yang konsisten dengan kekal melepasi kedua-dua purata pergerakan eksponen 20 hari dan 50 hari, disokong oleh isyarat momentum yang bertambah baik.

"Meskipun fasa penstabilan jangka pendek dijangka berlaku, trend semasa kekal meningkat," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pergerakan kukuh melepasi paras 1,600 dengan jumlah dagangan yang tinggi berpotensi menuju ke arah paras 1,620–1,650, manakala tahap sokongan pada paras 1,565–1,580 perlu bertahan untuk mengekalkan prospek kenaikan harga.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat 16 sen kepada RM9.95, manakala Public Bank turun 5.0 sen kepada RM4.28, Kumpulan CIMB susut 1.0 sen kepada RM7.45, Tenaga Nasional berkurangan 4.0 sen kepada RM13.44, dan IHH Healthcare kekal pada RM6.79.

Dalam kalangan kaunter paling cergas Sime Darby melonjak 5.0 sen kepada RM1.95 dan Tanco Holdings naik setengah sen kepada 72.5 sen. Ekovest susut 1.0 sen kepada 37.5 sen, manakala Minyak Borneo dan Zetrix AI tidak berubah, masing-masing pada setengah sen dan 87 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 8.60 mata kepada 11,780.64, Indeks FBMT 100 turun 7.55 mata kepada 11,553.29, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 24.07 mata kepada 11,747.79, Indeks FBM 70 turun 17.39 mata kepada 16,552.20, dan Indeks FBM ACE susut 4.35 mata kepada 4,742.60.

Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 92.88 mata kepada 18,175.44, Indeks Perladangan naik 32.50 mata kepada 7,611.90, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.33 mata kepada 163.21, dan Indeks Tenaga turun 2.08 mata kepada 746.05.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.74 bilion unit bernilai RM2.70 bilion daripada 1.64 bilion unit bernilai RM2.65 bilion pada hari Rabu.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 830.55 juta unit bernilai RM100.96 juta daripada 1.06 bilion unit bernilai RM134.25 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 348.85 juta unit bernilai RM120.08 juta daripada 381.21 juta unit bernilai RM153.22 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 361.72 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (364.70 juta), pembinaan (196.83 juta), teknologi (187.46 juta), SPAC (tiada), perkhidmatan kewangan (87.92 juta), harta tanah (192.47 juta), perladangan (33.14 juta), REIT (20.02 juta), dana tertutup (29,400), tenaga (103.47 juta), penjagaan kesihatan (68.39 juta), telekomunikasi dan media (40.83 juta), pengangkutan dan logistik (32.66 juta), utiliti (49.94 juta), dan amanah perniagaan (91,100).

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan