KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Malaysia dijangka tidak berdepan masalah besar dalam saingan untuk kategori lelaki dan wanita pada edisi pertama Piala Dunia Kabaddi Pantai yang dijadual berlangsung di Port Dickson, Negeri Sembilan dari 23 hingga 28 Sept.
Bagi kategori wanita, Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Tanzania, Hungary dan China.
Malaysia dan Tanzania dijangka berpeluang mara ke pusingan seterusnya, manakala Sri Lanka diramal mendominasi Kumpulan B selepas diundi bersama Kenya, England dan Argentina.
Kumpulan C untuk kategori wanita juga bakal menjanjikan aksi menarik apabila pasukan India dan Pakistan diundi bersama Hong Kong dan Belanda.
Untuk kategori lelaki, Malaysia turut dilihat tidak menghadapi masalah pada peringkat kalah mati selepas diundi dalam Kumpulan B bersama Hong Kong, Burundi dan Azerbaijan.
Pasukan pilihan kejohanan, India diundi dalam Kumpulan C bersama Kenya, Argentina, Nepal dan Filipina, manakala Pakistan berada dalam Kumpulan A bersama Tanzania, Amerika Syarikat, Hungary dan Afghanistan.
Sementara itu, Sri Lanka akan bersaing dalam Kumpulan D bersama England, Kanada, Sierra Leone dan China.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial