LABUAN, 21 Ogos (Bernama) -- Seorang penjawat awam wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini atas dakwaan menerima suatu barang berharga daripada seorang kontraktor yang mempunyai kaitan dengan sebuah projek perikanan empat tahun lepas.
Anisah Embok, 44, seorang kakitangan jabatan kerajaan di sini dituduh menerima komputer riba ASUS A516E-AE121T daripada seorang kontraktor yang terlibat dalam pembekalan peralatan untuk projek Peranti Pengumpulan Ikan (FAD) bawah inisiatif MyKomuniti Perikanan Tuna pada 29 Julai, 2021.
Dia didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Hakim Jason Juga membenarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan wanita itu melapor diri di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua bulan sekali. Mahkamah menetapkan 2 Okt ini untuk sebutan kes dan penyerahan dokumen.
Pegawai Pendakwa SPRM Joe Randy Juster hadir bagi pihak pendakwaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial