SUKAN

Bekas Ketua Polis Kelantan Dilantik Presiden KRW FC

18/08/2025 06:31 PM

KOTA BHARU, 18 Ogos (Bernama) -- Bekas Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun dilantik sebagai Presiden Kelantan Red Warrior (KRW) FC berkuat kuasa hari ini. 

KRW FC memaklumkan reputasi luar biasa Muhamad Zaki, 61, dalam bidang kepimpinan, disiplin dan integriti penting dalam membentuk budaya profesional dan berdaya saing KRW FC.

"KRW FC mengucapkan jutaan tahniah kepada Muhamad Zaki atas pelantikan beliau sebagai Presiden.

"Muhamad Zaki pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Kelantan yang terbukti beliau cekap dalam pengurusan organisasi dan hubungan masyarakat," menurut KRW FC dalam kenyataan melalui Facebook hari ini.

KRW FC turut berharap kepimpinan Muhamad Zaki mampu menyatukan pemain, pengurusan dan penyokong ke arah kejayaan gemilang.

Media sebelum ini melaporkan, Pengerusi Gerakan Selamatkan Kelantan (GSK) Nik Hafiz Naim Nik Hassan melepaskan semua pemilikan dan jawatan sebagai Presiden KRW FC pada 2 Ogos lepas.

Nik Hafiz Naim turut mengakui keputusan drastik yang diambilnya itu turut terkait dengan isu sekatan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang dibangkitkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan