DUNIA

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

02/08/2025 10:12 AM

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks penanda aras itu sedang bergelut untuk mencecah paras 1,540, dengan paras rintangan psikologi dan teknikal yang sebelum ini mengehadkan keuntungan pada akhir Jun dan awal Julai.

“Persaingan penawaran (semalam) mencadangkan percubaan untuk membalikkan aliran menurun pada pertengahan Julai, tetapi pengesahan diperlukan dengan pembelian susulan dan volum yang lebih kukuh. Oleh itu, kami menjangkakan indeks penanda aras kekal dalam julat antara 1,510 dan 1,540 minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Bagi asas mingguan, kontrak semerta bulan Ogos 2025 meningkat 0.5 mata kepada 1,529, manakala September 2025 merosot setengah mata kepada 1,509.0, dan Disember 2025 turun 2.5 mata kepada 1,509.0. Nota Mac 2026 berada pada 1,497.5.

Jumlah dagangan bagi minggu yang baru berakhir ini mengukuh kepada 160,658 lot daripada 28,103 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka susut kepada 41,270 kontrak daripada 48,755 kontrak sebelumnya.

FBM KLCI mengakhiri minggu ini dengan baik, menyusut 0.41 mata kepada 1,533.35 pada Jumaat daripada 1,533.76 pada minggu sebelumnya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan