KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Pelumba sensasi negara Hakim Danish Ramli terpaksa berpuas hati menamatkan saingan di tempat kedua selepas dipintas pada saat akhir dalam Perlumbaan Dua Pusingan Keempat Kejuaraan Red Bull MotoGP Rookies Cup (RBMRC) 2025 di Litar Mugello, Florence, Itali, hari ini.
Meskipun bermula di petak kelima, pelumba berusia 17 tahun itu mempamerkan aksi konsisten sepanjang perlumbaan sebelum ketinggalan hanya 0.011 saat (s) di belakang pelumba Indonesia, Veda Pratama, yang muncul juara dengan catatan masa 26 minit 44.347s.
Tempat ketiga menjadi milik wakil Sepanyol, Benat Fernandez.
Kemenangan itu menyaksikan Veda meraih gelaran juara berganda selepas turut menjuarai Perlumbaan Satu semalam, manakala Hakim Danish hanya menamatkan saingan di tempat ke-13.
Bagaimanapun, kedudukan Hakim Danish selaku pendahulu keseluruhan kejuaraan kekal kukuh apabila beliau mengumpul 148 mata, melebarkan jurang dengan pencabar terdekat dari Sepanyol, Brian Uriarte (116 mata), manakala Veda di tangga ketiga dengan 92 mata.
Pelumba muda negara itu dijadual meneruskan cabaran di pusingan seterusnya yang akan berlangsung di Litar Sachsenring, Saxony, Jerman pada 12 dan 13 Julai ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial