GEORGE TOWN, 10 Jun (Bernama) -- IJM Land Berhad (IJM Land) hari ini mengumumkan jalan masuk kekal ke The Light Waterfront Pulau Pinang kini dibuka kepada orang ramai.
Pemaju projek The Light itu dalam kenyataan memaklumkan dengan pembukaan jalan masuk secara kekal itu, jalan masuk sementara yang digunakan sebelum ini ditutup sepenuhnya.
Sehubungan dengan itu, para pengguna jalan raya disarankan untuk mematuhi papan tanda laluan yang dikemas kini bagi memastikan perjalanan yang lancar dan selamat ke dan dari kawasan berkenaan.
“Beberapa sambungan jalan baharu ke The Light Waterfront Pulau Pinang akan dibuka secara berfasa. Makluman berkaitan pembukaan jalan baharu dan sebarang perubahan atau lencongan trafik akan dimaklumkan dari semasa ke semasa selaras dengan kemajuan kerja pembinaan,” menurut kenyataan itu.
IJM Land turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai atas kesabaran dan sokongan berterusan dalam usaha syarikat untuk mempertingkatkan jalan perhubungan dan pembangunan infrastruktur mercu tanda berkenaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial