AM

SPRM Perkukuh Siasatan Forensik, Fokus Pemulihan Aset Selaras RMK13

01/08/2025 09:35 PM

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan terus memperhebat usaha memerangi rasuah, ketirisan dan salah guna kuasa menerusi peningkatan kapasiti operasi, siasatan forensik, pemulihan aset serta langkah pencegahan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata langkah itu selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang menekankan keperluan memperkukuh tatakelola, integriti dan akauntabiliti negara.

Beliau berkata pihaknya juga memberikan fokus kepada pendidikan integriti dalam masyarakat agar pembudayaan nilai itu dapat melahirkan rakyat yang bermaruah dan berdaya tahan.

“SPRM memahami harapan rakyat dan akan melaksanakan amanah ini dengan sebaik mungkin demi menjadikan Malaysia bebas rasuah, seterusnya memperkukuh ekonomi negara.

“Kami juga berdiri teguh bersama kerajaan dan rakyat untuk menjayakan aspirasi RMK13 agar pembangunan sosioekonomi negara kekal mampan serta memanfaatkan rakyat secara adil dan saksama,” katanya.

RMK13 yang dibentangkan Perdana Menteri di Parlimen semalam bertemakan ‘Melakar Semula Pembangunan’ memfokuskan pada tiga teras utama Ekonomi Madani termasuk memperkukuh takelola baik dengan memastikan perkhidmatan awam yang telus, cekap dan responsif serta memperkukuh kepercayaan rakyat.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan