AM

Siasatan Teknikal Insiden Putra Heights Selesai Esok

25/06/2025 10:21 PM

SHAH ALAM, 25 Jun (Bernama) -- Hasil siasatan teknikal insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya akan selesai esok, mengikut jangkaan yang ditetapkan.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Selangor Jay Jay Denis bagaimanapun berkata laporan hasil siasatan yang akan diumumkan kepada umum itu masih dalam proses penyediaan oleh pasukan penyiasat. 

“Berkenaan siasatan kebakaran saluran paip gas Putra Heights, saya ingin maklumkan siasatan dijadualkan siap esok. Kemudian pasukan penyiasat akan menyiapkan laporan siasatan itu.

“Maklumat pengumuman hasil siasatan akan dikongsikan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Menteri Besar Selangor hari ini. 

Sebelum ini, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dilaporkan berkata laporan teknikal berhubung insiden yang berlaku pada 1 April itu, dijangka dilengkapkan pada 26 Jun.

Beliau berkata laporan siasatan itu juga akan diselaraskan dengan hasil siasatan jenayah, sebelum dimaklumkan kepada umum.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan