KUANTAN, 2 Ogos (Bernama) -- Tiga lelaki warga Bangladesh maut manakala dua lagi cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki terbabas di KM200.8 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dekat sini, semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Mohd Adli Mat Daud berkata nahas kira-kira 7.30 malam menyebabkan pemandu Md Sabber Hasan, 30, dan penumpang Md Jahid Hasan, 21, serta Abdullah, 24, meninggal dunia di lokasi kejadian.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku dipercayai akibat kenderaan jenis Toyota Avanza yang dinaiki mangsa dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan.
Mangsa yang cedera Md Habib Bissas, 45, dan Maniram Chandra Bas, 40, dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.
“Siasatan awal mendapati pemandu tidak mempunyai lesen memandu serta cukai jalan kenderaan terbabit tamat tempoh sejak Mei 2025,” katanya dalam kenyataan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial