AM

Institusi Fatwa Perlu Bertindak Secara Kolektif, Berdasarkan Analisis Dan Kepakaran - PM

24/07/2025 12:04 AM

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Institusi fatwa perlu bergerak secara kolektif dan memastikan fatwa yang ingin dikeluarkan adalah hasil daripada perolehan maklumat serta analisis mendalam terhadap sesuatu permasalahan oleh golongan pakar dan berkelayakan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu antara yang disentuh semasa pertemuan beliau dengan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang diketuai Muftinya, Profesor Madya Dr Mohd Sukki Othman hari ini.

“Tanggungjawab mengeluarkan fatwa adalah tugas yang luhur dan penting dalam menjawab serta menjelaskan hukum demi pencerahan dan kefahaman umat.

“Umat perlukan fatwa yang menepati realiti setempat dan juga zaman selain mewujudkan kemahiran baharu untuk berinteraksi dengan permasalahan dan isu semasa bagi manfaat umum,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini. 

Anwar berkata beliau dan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang turut bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan ilmu khususnya hal ehwal fiqh, maqasid syariah dan ikhtiar mengukuhkan penyelidikan isu berkaitan fatwa.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan