KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hari ini merakamkan ucapan tahniah kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah yang menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-79.
Fahmi menerusi hantaran di Facebooknya turut mendoakan agar Sultan Hassanal Bolkiah dikurniakan keseihatan berpanjangan.
"Patik dengan penuh ikhlas mendoakan semoga Kebawah Duli Tuanku dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, serta kekal qarar memerintah Brunei Darussalam dengan penuh kewibawaan, kebijaksanaan dan keadilan," katanya dalam hantaran itu.
Sultan Hassanal Bolkiah diputerakan pada 15 Julai 1946 di Bandar Brunei (sekarang Bandar Seri Begawan) dan ditabalkan sebagai Sultan Brunei ke-29 pada 1967.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial