CHENGDU, 30 Jun (Bernama - CMG)-- Kesemua 27 venue pertandingan untuk Sukan Dunia (TWG) edisi ke-12 yang bakal berlangsung di sini dari 7 hingga 17 Ogos kini sudah siap dibina.
Perkembangan itu dimaklumkan oleh Jawatankuasa Eksekutif TWG 2025 mutakhir ini.
Mengikut jadual, semua venue pertandingan TWG ke-12 yang sudah siap dibina di ibu kota provinsi Sichuan ini dijangka diserahkan ke tangan pihak pengendali menjelang 10 Julai.
Antaranya, tiada venue baharu yang dibina untuk TWG edisi tahun ini, bertepatan dengan prinsip penjimatan kos dan konsep kelestarian.
Contohnya, 18 daripada 27 venue berkenaan dilengkapi fungsi yang boleh diubah suai, dan sembilan lagi merupakan yang dibina buat sementara waktu di pinggir tasik atau dalam taman.
Landskap bandar raya yang bertaburan dalam temasya sukan itu kelihatan sangat harmoni dan dinamik susulan pembinaan sebahagian venue di lapangan, walaupun buat sementara waktu.
Sebagai temasya sukan komprehensif antarabangsa yang paling berprestij untuk acara-acara yang tidak tersenarai dalam Sukan Olimpik, TWG 2025 menawarkan 256 acara pertandingan bagi 34 kategori.
Berbanding unsur persaingan yang sangat menonjol dalam Sukan Olimpik, suasana bermain, beraksi untuk minat dan persembahan yang menarik merupakan yang paling ditekankan dalam TWG.
TWG 2025 yang berlangsung di Chengdu selama 10 hari ini akan menyaksikan lebih 4,000 atlet dari lebih 100 negara dan wilayah berusaha menunjukkan prestasi terbaik mereka.
–BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial