MACHANG, 28 Jun (Bernama) -- UMNO sedang memperkemas dokumen Akuan Bersumpah (SD) dengan mengambil kira situasi semasa untuk ditandatangani calon yang dipilih bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata perkara itu diperhalusi barisan peguam, termasuk Ketua Penerangan UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said.
"PRN Sabah kita akan guna templat yang sama tapi ia diperkemas berdasarkan suasana semasa, ada penambahbaikan. Setakat ini kita merasakan bahawa dokumen SD yang dimeterai dalam Pilihan Raya Umum lepas sebenarnya mencukupi,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Machang 2025 di Pusat Transformasi Ilmu, Bukit Tiu di sini malam tadi, yang turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub.
Penggal lima tahun Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan terbubar secara automatik pada 11 November ini yang membuka laluan kepada PRN Sabah ke-17.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial