KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) merangkap Pengarah Lembaga World Trade Centers Association (WTCA) Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim, dianugerahkan 'The Malaysia Outstanding Business Icon Excellence Award 2025' pada Forum Ekonomi Malaysia 2025, yang berlangsung di sini, malam tadi.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Tunku Datuk Seri Utama Naquiyuddin Almarhum Tuanku Ja’afar.
Forum bertemakan “Navigating the Future: Pioneering Economic Resilience and Green Prosperity” itu dianjurkan bersama oleh Kelab Ekonomi Kuala Lumpur (ECKL) dan Institut Strategik KSI untuk Asia Pasifik (KSI). Ia menghimpunkan pemimpin daripada sektor kerajaan, perniagaan dan akademik bagi merangka halatuju ekonomi Malaysia dalam ketidaktentuan global semasa.
Anugerah 'The Malaysia Outstanding Business Icon Excellence Award 2025' mengiktiraf Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), eksekutif C-suite dan pemimpin perniagaan yang menonjolkan kebijaksanaan serta pencapaian luar biasa dalam dunia perniagaan.
Ia turut mengiktiraf kepimpinan yang memacu pembangunan industri Acara Perniagaan (BE) melalui budaya kecemerlangan, kolaborasi dan pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
Irmohizam menerima anugerah tersebut sebagai penghargaan terhadap kepimpinan visi serta komitmennya terhadap inovasi dan kecemerlangan dalam sektor Acara Perniagaan.
“Anugerah ini bukan sekadar pencapaian peribadi, sebaliknya merupakan cerminan usaha kolektif pasukan saya di World Trade Centre Kuala Lumpur dalam mendepani landskap dinamik industri Acara Perniagaan.
"Saya terus komited untuk memupuk inovasi dan kerjasama rentas industri, dan saya berharap industri Acara Perniagaan Malaysia akan terus berkembang sebagai platform penting untuk pertukaran global, kepimpinan pemikiran serta memberi impak ekonomi yang mampan," katanya dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial