AM

Contohi Pengurusan Kewangan Berhemat Negara-negara Nordik - Abang Jo 

06/08/2025 06:23 PM

KUCHING, 5 Ogos (Bernama) -- Sarawak perlu mencontohi pengurusan kewangan berhemat seperti yang diamalkan oleh negara-negara Nordik bagi menjamin kemampanan ekonomi jangka panjang.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata negara seperti Finland, Sweden dan Norway mungkin mempunyai populasi yang kecil namun mereka terkenal dengan kecekapan dalam menguruskan sumber kewangan masing-masing.

“Norway misalnya, mereka hanya menjumpai minyak di Laut Utara jauh lebih lewat berbanding Malaysia iaitu pada 1910, namun hari ini mereka adalah sebuah negara yang kaya dengan taraf hidup yang tinggi dalam kalangan negara-negara Eropah.

“Oleh itu, kita perlu meneliti dan memperbaiki cara kita menguruskan sumber kewangan. Di Sarawak, kita mempunyai sumber pendapatan sendiri dan kita mesti menguruskannya dengan bijak,” katanya ketika berucap di Persidangan Transformasi Kewangan Sektor Awam 2025 di sini hari ini.

Beliau juga berkata bagi memastikan kemampanan kewangan jangka panjang, kerajaan negeri telah menubuhkan Dana Kekayaan Masa Depan Berdaulat Sarawak.

“Apa jua pendapatan yang kita peroleh tidak akan dibelanjakan secara boros... kita akan mengagihkan semula hasil kita termasuk hasil minyak... kita mesti pastikan bahawa apabila kita agihkan semula melalui dasar kita, ia mempunyai impak kepada rakyat,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan