AM

SMK Bohor Jaya Dijangka Siap Sepenuhnya Sebelum Hujung Tahun Ini - Fadhlina

18/06/2025 03:22 PM

ALOR SETAR, 18 Jun (Bernama) -- Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bohor Jaya di Langkawi, Kedah dijangka siap sepenuhnya sebelum hujung tahun ini.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya memaklumkan bahawa beliau amat teruja apabila dimaklumkan bahawa kerja-kerja pembinaan sekolah itu berjalan lancar.

“Projek sekolah baharu yang merangkumi pembinaan blok akademik, blok pentadbiran serta kemudahan-kemudahan seperti padang permainan, gelanggang sukan, pejabat am dan kantin ini amat signifikan dalam usaha Kementerian Pendidikan (KPM) meningkatkan akses pendidikan di Langkawi.

“Apabila siap kelak, SMK Bohor Jaya pastinya dapat menangani isu kepadatan pelajar yang berbangkit di sini. Tahniah kepada semua yang telah berusaha memastikan projek pembangunan pendidikan ini berjalan lancar. Saya tidak sabar untuk kembali ke sini apabila sekolah ini siap sepenuhnya nanti,” katanya.

Fadhlina turut berkongsi beberapa keping gambar berkaitan projek berkenaan menerusi hantaran itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan