KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Pemain skuasy wanita utama negara, S Sivasangari menempah tempat ke suku akhir Terbuka Mesir 2025 selepas menewaskan wakil England, Jasmine Hutton, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu menundukkan pilihan ke-16 kejohanan 3-1 (12-10, 7-11, 11-9, 11-5), dalam masa 47 minit pada aksi pusingan 16 terbaik, yang berlangsung di Giza, Mesir.
Sivasangari akan berdepan atlet tuan rumah sama ada Amina Orfi atau Farida Mohamed dalam aksi suku akhir pada Rabu ini (17 Sept), menurut laman sesawang Persatuan Skuasy Profesional (PSA).
Untuk rekod, Sivasangari kini satu-satunya wakil Malaysia yang masih bertahan di kejohanan itu selepas Rachel Arnold, Aira Azman dan pemain lelaki utama negara, Ng Eain Yow, tersingkir di pusingan kedua.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial