AM

400 Mangsa Terperangkap Kejadian Kepala Air Di Kuala Kubu Bharu Selamat - Bomba

15/09/2025 10:19 AM

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Sebanyak 400 individu menghadapi detik cemas selepas terperangkap dalam kejadian kepala air ketika berkhemah dan berkelah di Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Kerling di Kuala Kubu Bharu, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.47 pagi.

Beliau berkata sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bersama enam anggota digerakkan ke lokasi sejauh kira-kira 20 kilometer dan tiba pada 6.11 pagi.

“Air mula naik sekitar 3 pagi tadi, menyebabkan pengunjung yang berkhemah dan berkelah sempena cuti umum serta cuti sekolah terperangkap.

“Semua mangsa bagaimanapun selamat dan telah diarahkan berpindah ke kawasan tinggi dengan pemantauan anggota bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata operasi mengeluarkan semua mangsa yang terperangkap sedang giat dijalankan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan