SUKAN

Terbuka Hong Kong: Jun Hao Mara Ke Suku Akhir

11/09/2025 09:58 PM

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Perseorangan lelaki utama negara, Leong Jun Hao melangkah ke suku akhir Terbuka Hong Kong selepas menewaskan rakan senegara, Justin Hoh hari ini.

Pada aksi pusingan kedua yang berlangsung di Hong Kong Coliseum, Jun Hao bagaimanapun terpaksa bergelut sebelum menang 21-11, 15-21, 21-18 dalam tempoh satu jam enam minit.

Menanti Jun Hao di pusingan suku akhir esok pemain pilihan kedua dari China, Li Shi Feng yang menewaskan wakil Jepun, Koki Watanabe 21-12, 21-19

Sementara itu, Malaysia sah akan ada wakil di separuh akhir acara beregu wanita apabila Teoh Mei Xing-Go Pei Kee mara ke suku akhir selepas menumpaskan gandingan Taiwan, Hsu Ya Ching-Sung Yu-Hsuan straight set 21-19, 21-18 dalam masa 41 minit.

Mei Xing-Pei Kee akan bertemu naib juara kejohanan dunia Pearly Tan-M Thinaah yang terlebih dahulu mengesahkan slot ke suku akhir petang tadi.

 

Keputusan lain:

--------------------

(Nota: Pemain Malaysia kecuali dinyatakan)

 

Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin mn Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie 21-10, 14-21, 21-16

Lee Fang Chih-Lee Fang Jen (TPE) mn Goh Sze Fei-Muhammad Nur Izzuddin Mohd Rumsani 14-21, 21-16, 21-13

 

--BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan