BERITA TERGEMPAR | Earthquake: 15 government buildings in Segamat suffered minor damage, estimated repair cost is RM550,550 - Ahmad Maslan | |
JOHOR BAHRU, 7 Sept (Bernama) -- Politeknik Mersing menerima geran peralatan berimpak tinggi bernilai RM239,946 bagi pengajaran serta pembelajaran dalam bidang elektrik dan elektronik (E&E) serta keselamatan siber.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor Aznan Tamin berkata penyerahan geran itu meliputi peralatan Siemens PLC Trainer bagi sektor E&E dan kelengkapan komputer high-end dan cyber range cloud, yang juga sebahagian daripada usaha berterusan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) dalam memperkasa program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan melahirkan tenaga kerja mahir.
“Inisiatif ini adalah langkah penting dalam memperkukuh kemahiran teknikal dan melahirkan modal insan berkualiti tinggi yang mampu memenuhi tuntutan industri masa kini, khususnya dalam sektor berimpak tinggi.
“Dengan adanya kemudahan ini, pelajar berpeluang mendapat pendedahan teknologi terkini yang relevan dengan kehendak industri. Tahniah dan syabas kerana menjadi sebuah daripada institusi TVET terpilih menerima geran ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.
Majlis penyerahan geran bantuan peralatan kepada Pusat Pendidikan dan Latihan Keselamatan Siber dan E&E itu berlangsung di Politeknik Mersing hari ini.
Pada masa sama, Aznan turut berharap agar segala kemudahan yang disediakan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar, seterusnya melahirkan lebih ramai tenaga kerja Johor yang berkemahiran tinggi dan berdaya saing di peringkat nasional serta antarabangsa.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial