AM

BloomWell Oleh SpringHealth Sasar Keperluan Pemakanan Ibu Dan Bayi

30/08/2025 06:33 PM

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) --  SpringHealth, satu jenama yang mengkhusus dalam sains pemakanan, secara rasminya melancarkan BloomWell iaitu jenama pemakanan bernutrisi berperingkat yang menyeluruh, direka untuk menyokong ibu dan bayi sepanjang perkembangan penting 1,000 hari pertama.

SpringHealth™ dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa BloomWell menyediakan pemakanan yang disasarkan untuk setiap fasa berbeza dalam alam keibuan dan kanak-kanak, bermula daripada perancangan keluarga, kehamilan, pemulihan selepas bersalin, penyusuan dan peringkat kanak-kanak.

“Ia membantu para ibu mengatasi perubahan keperluan pemakanan mereka sendiri dan anak mereka, dengan panduan yang jelas dan mudah diikuti,” menurut kenyataan itu.

Pengasas SpringHealth Amy Chong berkata BloomWell, diilhamkan menerusi pengalamannya selama 25 tahun sebagai ahli farmasi komuniti dan pengasas jenama pemakanan sains kesihatan, yang beliau sering menerima soalan daripada ibu-ibu mengenai pemakanan semasa kehamilan dan menyusu.

“Saya sering mendengar soalan daripada ibu-ibu seperti, ‘Apa yang perlu saya ambil untuk menyokong kehamilan saya?’, dan ‘bagaimana saya boleh menyokong penyusuan untuk pengeluaran susu ibu yang lebih banyak?’. Walaupun kami sentiasa menggalakkan mendapatkan kebanyakan nutrien daripada makanan yang sihat, BloomWell direka untuk menyokong kekurangan pemakanan secara teliti.

“Kami menyedari bahawa menjadi ibu merupakan satu perjalanan dengan peringkat yang unik, dengan setiap peringkat mempunyai keperluan pemakanan tersendiri, dan terdapat keperluan besar untuk sokongan holistik yang jelas,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Beliau berkata misi SpringHealth adalah untuk memberdayakan ibu-ibu dengan pemakanan yang diformulasikan dengan teliti, mengikut peringkat dan membina asas yang kukuh untuk kesihatan jangka panjang ibu dan anak, tidak kira mereka pada peringkat mana.

Menurut kenyataan SpringHealth, pelancaran rasmi BloomWell yang diadakan baru-baru ini menghimpunkan hampir 200 profesional kesihatan, termasuk pakar obstetrik dan ginekologi, pakar kesuburan, ahli farmasi, pakar pemakanan dan dietetik, serta penyampaian penerangan daripada pakar-pakar terkemuka.

Jenama ini kini menawarkan empat produk iaitu Pre-Conception & Pregnancy Duo, Prenatal Plant Protein Shake, Lactation Plant Protein Shake, dan Mums & Little Ones Mixed Blueberry Powder + Probiotics.

Kenyataan itu memaklumkan – Mums & Little Ones Probiotics – dibangunkan dengan bantuan Dr Anders Hendriksson iaitu seorang Mikrobiologi Gastrointestinal yang terkenal dan Ketua Sokongan Teknikal dan Aplikasi di IFF Health Sciences, yang memberikan panduan pakar dalam pemilihan strain probiotik yang telah dikaji secara klinikal, bagi memastikan formula itu memberi sokongan yang berkesan dan berdasarkan sains untuk ibu dan anak.

Sementara itu, Perunding Obstetrik dan Ginekologi serta Perunding Kesuburan di KL Fertility and Gynaecology Centre Dr Helena Lim, dalam ucapannya pada majlis pelancaran berkata pemakanan pranatal merupakan satu warisan kesihatan yang boleh merentas tiga generasi, mempengaruhi bukan sahaja kesihatan anak tetapi juga kesuburan mereka pada masa hadapan.

“Walaupun diet yang sihat dan gaya hidup menjadi asas, kita mesti mengakui bahawa beberapa kesukaran dalam konsepsi boleh berpunca daripada kekurangan nutrien. Dengan meningkatkan diet dan menggunakan suplemen pemakanan saintifik, kita boleh membantu meningkatkan peluang konsepsi semula jadi bagi beberapa pasangan,” katanya.

Sebaliknya, Perunding Obstetrik dan Ginekologi serta Pakar Perubatan Reproduktif Dr Jasdev Singh pula menekankan mengenai kepentingan persediaan yang proaktif.

“Memahami tubuh anda, langkah pertama dalam perjalanan menuju keibubapaan, sokongan pemakanan yang proaktif dan penjagaan perubatan yang tepat merupakan bahagian penting dalam perjalanan tersebut,” katanya.

 

-- BERNAMA

 

Penafian: Ini adalah artikel advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel tersebut.


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan