Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah hari ini, selari dengan kelemahan keseluruhan dalam pasaran minyak sayuran global, kata seorang penganalisis.
Ketua Penyelidikan Komoditi Kumpulan Sunvin yang berpusat di Mumbai, Anilkumar Bagani berkata sentimen pasaran terjejas akibat daripada tiada pengesahan yang kukuh mengenai khabar angin iaitu India mungkin mengurangkan duti import ke atas minyak sawit mentah dan pecahannya.
“Pada Rabu, terdapat beberapa khabar angin di pasaran iaitu India mungkin mengurangkan duti import ke atas minyak sawit mentah dan minyak sawit ditapis yang menaikkan harga Bursa Malaysia Derivatif.
"Bagaimanapun, tiada bukti kukuh iaitu India akan berbuat demikian. Oleh itu, pasaran kini sedang menyesuaikan diri dengan realiti," katanya.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2025 dan kontrak Oktober 2025 masing-masing susut sebanyak RM37 kepada RM4,375 satu tan dan RM4,414 satu tan manakala kontrak November 2025 turun RM39 kepada RM4,449 satu tan.
Kontrak Disember 2025 susut sebanyak RM40 kepada RM4,472 satu tan, Januari 2026 turun RM38 kepada RM4,483 satu tan manakala Februari 2025 merosot RM34 kepada RM4,474 satu tan.
Jumlah dagangan berkurang kepada 53,234 lot daripada 73,274 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka mengecil kepada 253,737 kontrak daripada 254,938 kontrak.
Harga fizikal MSM bagi September Selatan menurun sebanyak RM40 kepada RM4,390 satu tan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial