GENEVA, 27 Ogos (Bernama-Xinhua) -- Kesatuan Pos Sedunia (UPU) pada Selasa berkata 25 negara anggotanya telah menggantung penghantaran pos ke Amerika Syarikat (AS) berikutan ketidakpastian mengenai perubahan peraturan pelepasan kastam oleh pentadbiran AS bagi barangan import bernilai kurang daripada US$800, lapor Xinhua.
UPU, sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi sektor pos dengan 192 negara anggota dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya sedang berkoordinasi dengan pihak berkuasa AS bagi memastikan ahlinya menerima panduan yang jelas mengenai keperluan operasi baharu itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa Ketua Pengarah UPU, Masahiko Metoki telah menyampaikan kebimbangan negara-negara anggota mengenai potensi gangguan dalam sepucuk surat kepada Setiausaha Negara AS Marco Rubio pada Isnin.
Menurut perintah eksekutif yang ditandatangani oleh Presiden AS Donald Trump, peraturan pengecualian “de minimis” yang membenarkan kemasukan barangan bernilai kurang daripada US$800 tanpa dikenakan cukai, akan berakhir pada 29 Ogos ini.
UPU menyatakan pihaknya sedang mengambil segala langkah yang mungkin untuk mempersiapkan negara anggotanya bagi menghadapi kesan daripada keperluan baharu itu.
--BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial