DUNIA

Bursa Dibuka Tinggi

11/08/2025 11:00 AM

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, seiring dengan kenaikan Wall Street pada Jumaat lepas, yang diterajui oleh kenaikan saham Apple selepas pengumuman mengenai perancangan pelaburannya di Amerika Syarikat (AS).

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.05 mata atau 0.07 peratus kepada 1,558.03 daripada 1,556.98 pada Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 0.76 mata kepada 1,557.74.

Bagaimanapun, pasaran secara menyeluruh negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 128 berbanding 121. Sejumlah 287 kaunter tidak berubah, 1,987 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 103.16 juta saham bernilai RM42.80 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng, bagaimanapun, melihat keseluruhan corak dagangan ditentukan oleh cara peniaga mentafsir dinamik tarif yang berterusan ke atas ekonomi AS.

“Sementara itu, hasil AS untuk tempoh 10 tahun naik kepada 4.285 peratus.

“Di Hong Kong, Indeks Hang Seng merosot kepada 24,850 berikutan aktiviti pengambilan untung susulan prestasi pendapatan korporat yang mengecewakan dan kebimbangan mengenai deflasi di China,” katanya kepada Bernama. 

Dalam negara, katanya FBM KLCI mengekalkan prestasi cemerlangnya apabila ditutup tinggi kepada paras 1,560 pada Jumaat lepas. 

“Pembelian adalah secara menyeluruh tetapi sekali lagi tertumpu kepada saham yang sebelum ini kurang menggalakkan.

“Walaupun prestasi indeks adalah positif, jumlah dagangan harian masih kurang memberangsangkan sebanyak 2.49 bilion saham,” katanya. 

Oleh itu, beliau menjangka indeks akan diniagakan dalam julat 1,550 hingga 1,560 hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik 4.0 sen kepada RM9.65, Public Bank meningkat 1.0 sen kepada RM4.34, CIMB menambah 3.0 sen kepada RM6.89, bagaimanapun Tenaga Nasional berkurangan 8.0 sen kepada RM13.72 dan IHH Healthcare merosot 5.0 sen kepada RM6.91.

Dalam senarai yang diniagakan secara aktif, Classita dan Magma, masing-masing meningkat 1.5 sen kepada 9.5 sen dan 41 sen, Capitaland naik setengah sen kepada 61.5 sen manakala NexG dan Vantris Energy, masing-masing mendatar pada 53.5 sen dan 4.0 sen. 

Dalam pasaran secara menyeluruh, Indeks FBM Emas naik 8.0 mata kepada 11,609.79, Indeks FBMT 100 meningkat 8.47 mata kepada 11,388.38, Indeks FBM Mid 70 menambah 15.66 mata kepada 16,521.19 manakala Indeks FBM ACE berkurangan 0.31 mata kepada 4,606.57 dan Indeks FBM Emas Shariah merosot 3.68 mata kepada 11,630.50.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 39.26 mata kepada 17,620.08, Indeks Perladangan meningkat 13.38 mata kepada 7,439.50 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.16 mata kepada 157.92, bagaimanapun Indeks Tenaga merosot 0.08 mata kepada 736.64.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan