BERITA TERGEMPAR | Coordination of aid for Pantai Dalam fire victims, meeting sessions with victims and shop operators to be arranged – Fahmi | |
KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar hari ini menyeru seluruh penjawat awam mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman dan tempat kerja masing-masing bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan.
“Tunjukkan semangat patriotisme dan semarakkan roh MERDEKA!,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Menerusi poster yang dimuat naik bersama hantaran itu, Shamsul Azri berkata semangat kemerdekaan tidak seharusnya bermusim sebaliknya perlu didakap kemas pada setiap masa walau di mana-mana sahaja.
“Saya takrifkan semangat MERDEKA ini dengan singkatan akronim: Menumpah Taat Setia, Empati kepada rakyat, Relevan, Dedikasi, Emosi, Karismatik dan Amanah,” katanya menerusi poster berkenaan.
Pada 27 Julai lepas, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyeru seluruh rakyat Malaysia menyokong Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang sebagai simbol cinta akan negara dan lambang perpaduan menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025.
Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang diadakan bagi menyemarakkan semangat cinta akan negara dalam kalangan penduduk sekali gus memastikan semangat patriotisme sentiasa berada pada tahap tertinggi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial