DUNIA

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

08/10/2025 06:41 PM

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, seiring dengan penurunan dalam kadar asas pasaran tunai.

Pada penutup dagangan, kontrak Oktober 2025 merosot 6.5 mata kepada 1,623.50 manakala November 2025 dan Disember 2025, masing-masing berkurangan 5.5 mata kepada 1,623.50 dan 1,622.0 serta Mac 2026 menurun 3.5 mata kepada 1,603.0.

Jumlah dagangan naik kepada 5,881 lot daripada 4,329 lot semalam manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 47,961 kontrak daripada 45,974 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, FBM KLCI merosot 2.53 mata kepada 1,627.50 daripada 1,630.03 semasa ditutup semalam.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan